Friday, December 10, 2010

assalamualaikum...mari berselawat dulu sebelum mula membaca .semoga kita di rahmati oleh ALLAH S.W.T


aku dapati benda ini teramat berguna untuk muhasabah diri...aku share kan untuk sesaape yang baca...akan sentiasa aku ingat pesanan ini..agar diri lbh dekat kepada ALLAH S.W.T..aminnn


Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Thursday, December 2, 2010

assalamualaikum...mari berselawat dulu sebelum mula membaca .semoga kita di rahmati oleh ALLAH S.W.T

hmmm tenang rasa hati setelah berada di rumah kampung halaman ku...jelai.hehe

sekrang tgh cuti semesta...memang best..makan tido game..kekek tidak di lupa chat ngan hajar.hehee

hmm

sejak komputer aku sakit selepas aaku service habuk..terpaksa la aku guna komputer yang sebijik lagi tok melepas kan bosan...hmm dalam nie tak game pun..so demi hobi aku yang amat kuat gaming...so aku pun layan lah poker...mula2 cam haram tak best...pastu lama2 jd ketagih pulak...patot lah orang main judi yang betul2 tu jadi ketagih..sebaiklah nie game jer..

sooooo...amaran dont berjudi2 yang2 betul2tau ...haram//

sian aku takleh tido malam...so jadi pakguarad kat umah nie..pagi2 buta dah bosan2 teringat kat blog lama tak tlis/.//// yang penting aku tulis aku jugak yang baca..hahahaha cam orang gi** hahaha

dah tak tau nakcite apa...sebenar nya tadi tengah berpoker la hahaha..so meh tgk ada kemajuan chips sekarang ada 411728 hehehe kaya2..

hahah jom sambung berpoker..jap lagi subuh//
assalamualaikum

Tuesday, October 5, 2010

huh....jgn lupo baco BISMILLAH dulu/// ASSALAMUALAIKUM...

sotolah sokian lamo den tak menaip hampir sobulan...garo2 dek banyak kojo....bukan kojo apo pon...lab tu ha mensyusahkan anak tokak tok bonapeh....kini tinggal satu jer lagi lab yang perlu di lakukan,,,lab air condition..bahaso mudah heh ekon...hai apolah nasib....patot lah ramai orang kato.. sem limo nie menyakit kan...sem paling hampeh...bukan disebabkan apo pun,.... sebjek lain ok je..yang ko nya nak buek lab report tu ha.....sampai ke pagi baru leh siap..tu pun sotolah di dosak2 nak buek..bilo dah tido lambek koleh pagi pun miss lah..aduhai..lab2....seminggu purata lab kona di siap kan adolalah 4 tomasuklah report design..tu belum bercampur ngan assignment lagi..


lab nie 1 jam crdt..tapi kojo heh bagai orang kato menjolok bontot sarang lebah.. hahahha..sakit nyo yang amat...menderita...akibat jangka pendek leh lah sampai rasa nak muntah2 loya2 bila melihat report tak tersiap2..lagi2 yang payah2 yang banyak calculation...wakakkaka...tertekan laasebenarmya dari dulu lagi..aku tak penak suka nak buat report...letih.. tapi sejak sambung degree nie report nya makin menjadi2 payah .nya.....eh nape ayat baku aku guna... haaaa lagi2 kalau report tu keno reject ooomangaaiii rasa nak nages...ponek2 den buek koono reject tu..yang joneh tak kesian student le tu yang main se su ke ha ti her mereject.huhuhuu

next week isnin ada lah pengakhir lab....sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hati den..wakakkakak



Tuesday, September 7, 2010

Saturday, August 14, 2010

kerang bakar pantai remis dan kenangan budak2 panasonic

kerang bakar pantai remis
manu yang di oder
kerang bakar 4 pinggn
satay 50 cucuk
otak2 1bakul
harga=kerang sepingan rm5,otak2 rm 10sebkul,sate rm30
lokasi pantai remis..huuuu kerang bakar
sek2 budak2 panasonic enjoy sebelum benti keja

dari kiri: rizal,samsudin,due

Friday, August 13, 2010

hari ke4 bulan ramadhan....hehhe terlalu seronok...13 hb....aku sanggup ponten kelas jerman semata2 na kbalik umah.hahahhah..sebaik lah lecture tu dah buat kuiz mgu lepas kalau tak sedih gak tak dapat balik mgu nie sebab ada kuiz..so start pagi tadi....terjaga dari tido pulul 8 heheh pastu tido balik pastu terjaga//p lah mandi cadang nya nak p fac anta surat li.heheh maka bergerak lah pagi tu menuju ker uitm...sekli kedai tutup lagi ingat nak p print resume dan asgment ....maka aku merayau2 cari kedai gambar ..nak ambik gambar tarok kat resume.heheh sekali kedai tak bukak jugak// mungkin awal sangat kot..yelah baru kul 8.30.heheh last p lepak fac// g lah print resume kat tingkat 5/ aku pelanggan pertmaa hari tu...hbs gak lah rm4.30 sebab perint semua tu..siap2 print aku p anta asgment kat tgkt 16 bilik cik ramlan kasiran lect numerical aku.heheh.so perjalanan d terus kan aku p kedai gambar kat sek 2 ..sekali kedai tu tak da pulak baju kemeja spare so aku dah tersedak eh terdesak paki jer lah jaket meki heheh selepas siap semua tu aku p fac tgk dah ramai orang anta surat li...seleps anta semua sattle jam menerjah angka 1030 wah nie dah lambat nak pulang kekampung..itu lah cadang nya nak balik kg hari nie..berderas aku bawak moto..aleh2 siap2 semua jam kul 11 balik ke kg makan masa 3 jam purata kalau tak jem...so aku pun start kan perjalanan ....dengan niat sempat solat jumaat kat umah...bawak punya bawak moto ...sampai hampir telelap sebaik ok lagi...huh....tekak kering nie bulan puasa...ish2 lalu satu keta potong aku...peh tgh tegok air tu gaya cam melayu...tapi tak tau betol ker tak...sedap nya dia tegok air....huh tidk ku hirau kn....jalan punya jalan sampai semban kul12 sekali kat semban jem pulak...aduh budak balik sekolah kan.bederet keta nak cilok pun takaleh.huhuhu..jem punya jem sampai kat pilah dah 12.30..jalan lagi sampai bahau kul 1.05.huhuhu nak nages tah sempat ke tidak nak p solat nie...bawak laju2 tapi hati2...hahaha sampai rompin 1.25 eh azan kul berapa kalau kat klang kul 1.30..aku pikir blh lagi nie...jalan lagi sampai p.besar kul 1.30 lenjan lju2 smpi umah 1.34 hahah dengar orang ketubah jelas dari umah aku..so p lagi...tukar kain p masjid.hahaha. haari nie bukaak puasa bersama2 keluarga besh nya..hahah air puas aku minum..selalu beli kat kedai tak penah puas minum..taak cukup.nie aku tala 1 jug puas.hahaha.esok mintk mak buatkana air cincau +soya wow kegemaran nie.hahaha selamat berpuasa... total time sampaai umah 2.30 jam haha laju nie...

Wednesday, August 11, 2010

selamat berpuasa kepada semua umat islam di dunia ini..



sahur
hari pertama=megi goreng
hari ke 2 = sadin +telurasin